Pages - Menu

Wednesday, 2 September 2015

Diari Hijrah: Starting Point dan hijab

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaykum wbt. 

Firstly, minta maaf sangat sebab dah lama tak update. Kesibukkan melanda diriku! Sebenarnya dari lepas nikah hari tu, dah lama sangat berehat-rehat, ni tengah slow-slow kayuh nak dapatkan momentum hidup yang dulu.

Post hari ni nak cerita sikit tentang macam mana saya mula berhijrah. "How do I start my Hijraa" gittew! Dulu dah pernah tulis dekat blog lama, tapi tak tahulah ada ke tak yang baca. So kali ni, saya tulis balik memandangkan ramai yang email dan tanya dekat ask.fm (boleh klik sini kalau nak tanya soalan sebagai anonymous)

Ok marilah kita mulakan ya... btw its gonna be a very lengthy post, mungkin kena tulis ikut bahagian,  sebab cerita saya berhijrah ni adalah benda yang penting dalam hidup saya dan proses tu tak pernah berhenti. Mudah-mudahan perkongsian ni sedikit sebanyak boleh beri inspirasi kepada pembaca blog saya!

Sedikit pengenalan, saya ni bukanlah dari "religious" family background. Practicing deen in life at that time pun pada tahap moderate sahaja. Dulu saya pun tak berhijab, solat lopong sana sini, baca Al Quran pun tak pandai, bergaul bebas tak tahu siapa mahram, mana halal dan haram. Bukan salah mak ayah, tapi sikap saya sendiri pada masa tu, suka pada gaya hidup 'moden' dan kononnya 'in-trend'. Orang kata, liberal gitu. I'm not proud of it at all. I'm not proud of my past, what I've done and how I reacted when I wasn't wise.

Masa tak pakai hijab lagi and being so rebellious, memang selalu terdetik dalam hati, selalu rasa macam, "hurmmm aku buat ni salah, berdosa, sampai bila nak macam ni?". Tapi takat tu jerlah, nak berubahnya tak ada. One day, I feel like changing myself to be better, but the next day, I'm back to the old jahil me. One time I felt depressed, but later on, I felt like its okay to be what I am at that time, I than convinced myself with phrases like,

"takpelah nanti dah tua sikit boleh berubah"

"kawan aku pun ramai macam aku, nanti kalau kena seksa, mesti kena seksa sama-sama"

"ramai je orang macam aku, yang lagi jahat lagi ramai, aku ni kira OK lah juga, tak jahat sangat" (YES I AM THAT DENIAL)

Bila ingat balik, memang malu sangat. WHAT AM I SAYING TO MY OLDSELF NIE?! but one thing, walau apa pun saya cakap kat diri sendiri masa tu, hati selalu rasa kosong. Alhamdulillah, dalam hidup saya, nak apa-apa semua dapat, pendek kata, orang senang lah. Tapi walaupun dah ada macam-macam selalu juga rasa stress, tak happy, lonely dan hati ni rasa sangat-sangat kosong. Rasa perlu di isi dengan sesuatu tapi tak tahu apa. Macam tulah rasa nya, sebab dalam diri tak ada imaan, tak ada Allah.

Hurmmm, saya mulakan perjalanan hijrah saya dengan pakai hijab, yes hijab! Sebelum tu memang dah fikir banyak kali nak berubah, nak start solat, pakai hijab, baca Al Quran semua. Tapi tak tahu nak start dengan yang mana dulu. Kadang-kadang tu rasa macam tak ada semangat nak start berubah, sebab selalu termakan dengan hasutan syaitan. Saya takut nanti orang akan label saya. Takut nanti apa orang kata kalau saya dah berubah. Selain tu, saya rasa malu dekat Allah, ya lah selama hidup ni selalu ingkar suruhan Dia. Banyak dilemma masa tu nak berubah to be a better muslim, tapi dalam kusut fikir tu, saya nekad, "I'm gonna start wearing hijab!"

Ceritanya, saya mula pakai hijab pada tarikh 22/6/2009 masa tu hari isnin kalau tak silap. Okay mesti korang nak tahu kan macam mana saya boleh tergerak hati nak pakai hijabkan? *perasan sendiri*. Okay pada tarikh 20/6 dan 21/6, dua hari sebelum kejadian saya pakai hijab, ibu saya hantar pergi ESQ training. Ada tak yang pernah pergi tak ESQ training tu? Kalau ada, nah salam semut untuk awak *salam semut*. Memang seronok sangat training tu, banyak belajar pasal Al Quran, dan saya punya tahap amazed time tu 10000 kali ganda! So masa hari akhir training tu, pada slot yang akhir sekali, anak-anak kena pergi salam mak ayah taw, just salam and cakap lah apa-apa kat parents kita. So masa tu ibu je ada, saya pun pergi kat dia, peluk, lepas tu diam seribu bahasa, tapi air mata dah jurai-jurai menangis.

Masa tu rasa dekatnya hati ibu dengan saya, degupan jantungnya pun terasa dekat sangat, terasa macam setiap kasih sayang dan aura dia tu lalu dalam diri saya dan lepas beberapa saat dalam dakapan ibu, saya terus minta maaf dan berjanji akan mula pakai hijab. Dulu sepanjang saya tak pakai hijab, ibu baba macam biasa yang paling banyak sekali membebel suruh pakai hijab, dan saya pula ketika itu, anak yang suka menjawab dan bagi alasan (astagafiruallah hal a'zim, semoga Allah mengampunkan dosa kita semua) selalu buat 'dek tak dek' kata orang tu, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Okay sambung cerita tadi, so emak mana lah yang tak happy kan kalau anak cakap nak berubah, nak pakai hijab? Sepanjang perjalanan balik ibu tak putus-putus ucap syukur, happynya dia masa tu, hanya Allah yang tahu. dan sepanjang perjalanan tu juga, saya lebih banyak berdiam (which is so not me, sebab saya adalah seorang yang suka bercerita doplohpatjam gitteww). Dalam diam tu, saya banyak berfikir. Biasalah kan baru cakap kat ibu nak pakai hijab lepas tu syaitan tu jahat dok hasut-hasut, so banyak lah benda saya tanya diri saya. Contohnya macam..

"ishh aku ke yang cakap nak pakai tudung tadi? buang tebiat ke ape?"

"nanti pakai tudung apa plak kawan-kawan cakap?"

"tak hipokrit ke? yerlah aku bukan baik sangat lepas tu nak pakai tudung plak"

"hurmmmm ni ke yang aku nak?"

Siapa pernah tanya soalan macam ni juga masa nak hijrah or dalam keadaan rasa nak berhijrah? Jahatkan syaitan tu, hasut orang bila dah nak berubah kepada kebaikan?. Tapi saya terus diamkan diri dan istighfar banyak-banyak. So balik tu, terus solat dan tidur macam biasa. Tapi start hari esoknya dan seminggu lepas tu, saya tak keluar rumah langsung. Sebab antara takut nak mula pakai hijab dan malu nak keluar rumah pakai hijab. Malu orang mula bertanya tentang imej baru saya. Saya juga tak nafikan sekali-sekala ada rasa macam menyesal sebab saya cakap kat ibu tentang nak pakai hijab tu, (teruk kan perangai?). Dalam masa saya "kurung" diri tu, saya ambil kesempatan tu untuk muhasabah diri saya dan saya terjumpa ayat ni, 

Firman Allah :
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.” (Ar-Ra’ad: 11) 

saya terus cuba untuk kaitkan dengan diri saya dan lepas tu saya cakap kat diri sendiri,

"kalau aku aku tak ubah sekarang, bila lagi? sampai bila aku nak macam ni, inshaallah ini lah yang aku nak".

dan alhamdulillah hijrah saya memakai hijab berkekalan sampai hari ini.

tapi....

Setiap nikmat Allah bagi tu, mesti datang dengan ujian. Jadi nikmat hidayah pakai hijab tu, Allah bagi saya ujian yang mendatang lepas itu, macam-macam ujian saya terima. Bukan niat nak aibkan diri sendiri, tapi ambil lah penulisan saya ini sebagai pengajaran. Saya hanya pakai hijab namun hijab sekadar menutup rambut. Hijab saya tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam Al-Quran dan saya tidak meletakkan 'hijab' pada perkara dan perbuatan lain dalam kehidupan seharian saya.

Saya berhijab tapi masih menjadi hamba fesyen. Contohnya saya pakai hijab tapi pakai baju lengan 3/4. Saya pakai hijab tapi saya pakai jeggings dan skinny jeans. Pakai hijab tapi saya tidak 'hijab' kan mulut saya dari berkata yang tak elok. Saya ber'hijab' tapi tak jaga ikhtilat dengan yang bukan mahram dan banyaklah perkara lain yang saya buat.. WHICH IS TOTALLY NOT RIGHT!

But how do i realise this and overcome all these matter? Saya sambung next entry okay?

Nak share sikit lah kan dekat kawan-kawan, hidayah tu datang dalam pelbagai bentuk, kalau ada dalam kalangan pembaca kat sini yang belum pakai hijab tapi ada rasa or feeling-feeling nak pakai hijab, anggaplah itu satu hidayah dari Allah. buang sikap sombong kita dan terima hidayah Allah lillahitaala. Inshaallah urusan lain-lain nanti Allah akan permudahkan. Kalau dah lama sangat rasa nak berubah, tapi rasa susah sangat, mulakan dengan cukupkan solat 5 waktu dan pakai hijab. Saya doakan yang terbaik untuk semua. Semoga kita istiqomah dan mendapat bimbingan Allah SWT. I know how hard the struggle is, but lets jihad to be better.

See you next entry! Good Night

1 comment:

  1. assalamualaikum ayesha... teruskan usaha awak dalam menjadi inspirasi buat sy (dan kawan2 yg lain).. semoga Allah permudahkan urusan awak :)

    ReplyDelete